Tutup

Ramkarpal dakwa penyiaran rakaman perbualan ceroboh peribadi individu

Penyiaran rakaman perbualan telefon antara beberapa individu, didakwa termasuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan ramai lagi, dilihat tidak beretika, kata Pengerusi Biro Guaman DAP, Ramkarpal Singh. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, beliau secara peribadi menganggap tindakan itu tidak berpelembagaan, dan tidak boleh disokong kerana ia jelas mencerobohi hak asasi manusia.