Tutup

Rantau Produktif [EP1]: IDN Media membina legasi untuk 100 tahun!

Apakah yang diperlukan untuk mewujudkan sebuah syarikat dengan pandangan jauh di Indonesia? Bagaimanakah caranya untuk menyatukan anak muda di Indonesia dengan maklumat dan teknologi? Rizal Zulkapli memulakan perjalanan Rantau Produktif dengan temubual pertama di Jakarta bersama Ketua Pegawai Operasi IDN Media, William Putra Utomo. Kami mengikuti perkembangan bagaimana sebuah syarikat yang dibina di sebuah apartment kecil kini menjadi suara Milenial dan Gen Z di Indonesia.