Tutup

Ratusan hadiri Solat Hajat doakan penemuan Nora Anne

Kira-kira 300 jemaah menunaikan solat sunat hajat di Masjid Kariah Pantai, bagi memohon petunjuk berhubung kehilangan remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin. Solat sunat hajat yang dilaksanakan sejurus selepas Solat Jumaat itu diimamkan oleh Imam 2 Masjid, Mohd Taufik Awaludin.