RCI Wang Kelian: Pendatang asing seolah diajar, diatur pihak tertentu

Tindakan dan perlakuan pendatang asing yang ditahan dalam kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis, seolah-olah telah diajar atau diatur pihak tertentu. Perkara itu didedahkan bekas Pengarah Imigresen Perlis Mohd Amir Othman ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-30 sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan di Raja (RCI) mengenai penemuan kem itu.