Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Realiti Rakyat: Kelangsungan industri perhotelan ketika PKP

Sebanyak 20 peratus daripada 1,200 buah hotel dibawah Persatuan Perhotelan Malaysia (MAH) berdepan tindakan menutup operasi sepenuhnya atau menangguhkan dalam tempoh enam bulan susulan pandemik COVID-19. Presiden Persatuan Perhotelan Malaysia (MAH), Halim Merican berkata, tindakan yang diambil itu telah menjejaskan 6,000 kakitangan industri terbabit yang terpaksa diberhenti kerja atau mengambil cuti tanpa gaji dalam tempoh tertentu. Ini pastinya mendatangkan impak besar, terutamanya kepada hotel kecil dan bajet. Pagi ini kita bersama Zamari Muhyi, Pengusaha dan Pengarah Urusan chalet di Pulau Tioman, dan Emmy Suraya Hussein, Presiden Persatuan Bajet Hotel Malaysia.