Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Realiti Rakyat: Pengorbanan seorang guru di kawasan pedalaman Sabah

Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Begitu juga dengan ilmu, perlu ada guru yang berkorban untuk mengajar ilmu dan perlu ada pelajar atau murid yang ikhlas untuk menuntut ilmu. Biar apa pun kesusahan dan kepayahan yang perlu ditempuh, jika segalanya diasaskan dengan niat yang betul, maka ilmu akan dapat dimanfaatkan di kemudian. Itu gambaran kisah seorang guru yang menjadi tenaga pengajar di salah sebuah sekolah pedalaman di Sabah. Beliau tidak hanya merempuh jalan hutan rimba dan gunung sejauh 8 kilometer dengan berjalan kaki, malah beliau dan rakan setugas lain turut membawa bekalan bantuan hidup untuk keluarga murid Sekolah Kebangsaan Longkogungan, Penampang. Wakil Astro AWANI Sabah telah membuat tinjauan sekolah terbabit dan melihat sendiri usaha guru terbabit.