Video  |  Malaysia

Remaja OKU pertama jadi jurulatih Taekwondo

Membesar dengan autisme tidak menghalang Afif Zahiruddin untuk menjadi remaja (OKU) pertama di Malaysia menerima kelayakan kejurulatihan Taekwondo. Afif yang kini berusia 17 tahun adalah pembantu jurulatih di Sen Master Academy dan sedang bersedia untuk mengambil ujian peringkat kedua tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri itu.