Ribuan pengunjung beratur panjang rai Aidilfitri bersama PM

Seawal jam 8.30 pagi lagi, para pengunjung mula beratur di hadapan kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, di sini. Bukan sahaja rakyat Malaysia pelbagai bangsa, malah pelancong asing turut sama hadir bagi meraikan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anggota Jemaah Menteri.