RM225 juta untuk naik taraf pelabuhan Lumut

RM225 juta diperuntukkan bagi projek pembesaran pelabuhan lumut daripada 150 meter kepada 1 kilometer menerusi pelan strategik lima tahun. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, projek itu dijangka meningkatkan kapasiti pelabuhan tersebut sehingga 90 peratus, sekaligus menambah jumlah kapal yang boleh dikendalikan pada satu-satu masa.