Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

RM62 juta elaun khas disalurkan kepada petugas barisan hadapan

Sebanyak RM62 juta elaun khas sudah disalurkan kepada petugas barisan hadapan sehingga 30 April lalu. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ia merupakan jumlah bayaran daripada RM500 juta yang diperuntukan kerajaan untuk petugas barisan hadapan dalam mendepani cabaran mengekang COVID-19. Bagaimanapun, kementerian tersebut sedang giat bekerjasama dengan jabatan dan agensi berkaitan bagi memudahkan penyaluran elaun khas tersebut.