Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Robot UPM bantu petugas barisan hadapan COVID-19

Sekumpulan pakar robotik dari makmal robotik, fakulti kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membangunkan lima buah robot untuk membantu barisan hadapan melakukan proses nyahkuman COVID-19. Sudah pasti, dalam keadaan pandemik COVID-19 yang dijangka meningkat, robot itu amat diperlukan untuk kegunaan pelbagai unit bagi mengelak jangkitan kepada petugas barisan hadapan. Sudah bersedia di talian, Ketua Projek Berkenaan, Prof. Madya. Ts. Dr. Wan Zuha Wan Hasan dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Fakulti Kejuruteraan UPM untuk menceritakan lebih lanjut teknologi ini.