Royalti: Azmin Ali optimis hubungan diperkukuh

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali optimis hubungan antara kerajaan Kelantan dan persekutuan terus diperkukuh di sebalik isu pembayaran royalti petroleum yang kini masih dalam proses penyelesaian. Malah menurut beliau, kerajaan persekutuan turut berterima kasih kepada Kelantan kerana mengambil inisiatif menarik saman terhadap kerajaan dan Pertolium Nasional Berhad (Petronas) berhubung isu tersebut.