Tutup

Runtuhan struktur bangunan: Mangsa terakhir berjaya dibawa keluar

Mangsa kedua yang terperangkap dibawah runtuhan struktur di Taman Desa, di Ibu Negara berjaya dibawa keluar dengan selamat jam 9.30 malam. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang telah pulang kira-kira 10 minit sebelum itu turut berpatah balik ke lokasi kejadian untuk melihat keadaan mangsa. Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.