Rupawan AWANI (EP 30): Anjo Santos mahaguru pentas ratu cantik

Buat julung kalinya Rupawan AWANI kali ini menampilkan seorang lelaki dari Filipina, Anjo Santos yang merupakan bekas guru dan kini berkhidmat sebagai jurulatih untuk ratu cantik seluruh dunia. Pencapaian terbaiknya apabila Miss Universe Vietnam 2018 yang berada di bawah bimbingannya berjaya melayakkan diri ke pusingan Top 5 Miss Universe 2018. Kita ikuti perkongsian bersama Anjo Santos.