RUU lindungi kebajikan, hak asasi warga emas dalam kajian

Akta khusus bagi melindungi kebajikan dan hak asasi warga emas sedang dalam kajian, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata pakar dari Universiti Malaya (UM) dipilih menjalankan kajian bagi menggubal Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan.