Tutup

Sabah negeri pertama letak Pegawai SPRM di Jabatan Ketua Menteri

Sabah menjadi negeri pertama yang menempatkan Pegawai Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jabatan Ketua Menteri. Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dalam majlis Hari Pencegahan Rasuah Sedunia di Kota Kinabalu, pada Isnin.