Tutup

Sahruddin akan junjung titah Sultan Johor dalam menjalankan tugas

Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal menafikan bahawa barisan EXCO Kerajaan Johor yang baharu dilantik terdiri daripada pasukan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Datuk Dr. Sahruddin juga bertekad untuk menjunjung titah Sultan Johor dalam menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, jujur, ikhlas dan amanah. Ini jelasnya bagi memastikan kepentingan negeri diutamakan berbanding politik demi kesejahteraan rakyat.