announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Saksi pertama tidak jelas bagaimana kemalangan berlaku

Kes perbicaraan kemalangan maut membabitkan tiga sekeluarga di Lebuh Raya Duta - Ulu Klang, DUKE. Saksi pertama nahas, Koperal Ahmad Fauzi Taha dari Balai Polis Trafik Tun H. S. Lee memberitahu mahkamah, maklumat awal kemalangan maut itu melibatkan dua kereta jenis perodua Myvi dan pacuan empat roda Pajero. Ahmad Fauzi turut mengakui maklumat yang diterima dari bilik gerakan hanya mengenai pembabitan bilangan kenderaan tanpa menjelaskan bagaimana kejadian itu berlaku.