Tutup

Salahuddin akui tulis surat kepada PM berhubung tender

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengakui beliau ada menulis surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung tender kementeriannya diberi kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Beliau menjelaskan tindakan itu tidak melanggar peraturan berikutan tender berkenaan belum diberikan kepada mana mana pihak kerana Kementerian Kewangan belum memuktamadkan sebarang keputusan.