Sang rimba diambang kepupusan menjelang 2022

Malaysia merupakan antara negara yang masih memiliki khazanah berharga iaitu Harimau Malaya, namun spesis itu kini sudah dikategorikan sebagai "sangat terancam" sejak Jun 2015. Populasi Harimau Malaya kini diancam kepupusan dengan hanya tinggal kira-kira 200 ekor sahaja. Jika pemburuan dan pembunuhan terus menghantui hidupan liar ini bagi mendapatkan kulit, daging, kuku, taring serta tulangnya, Harimau Malaya bakal pupus menjelang 2022.