Tutup

Saya reda, dia suami terbaik buat saya dan anak - Isteri

Isteri Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, reda dengan pemergian suaminya dalam insiden di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu di Sabah pagi tadi. Ketika dihubungi Astro AWANI, Nour Shafinar Harun berkata, beliau dapat menatap foto yang dihantar buat kali terakhir oleh allahyarham ketika sedang bersarapan sebelum sesi demonstrasi berlangsung di kem tentera itu.