Tutup

Saya tak kata projek tertentu, saya kata pembangunan - Lim Guan Eng

Menteri Kewangan menyelar laporan sesetengah media yang mendakwa kononnya kerajaan akan mewujudkan lebih banyak projek jika calon Pakatan Harapan menang dalam Pilihanraya Kecil Cameron Highlands. Jelasnya apa yang dimaksudkannya adalah lebih banyak pembangunan di kawasan itu mampu dilakukan sekiranya PH bersama-sama Kerajaan Negeri Pahang.