announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Sebuah kereta musnah terbakar dalam kemalangan empat kenderaan

Sebuah kereta musnah sepenuhnya dalam kebakaran akibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan lain di KM18 Jalan Sungai Choh ke Bukit Beruntung malam tadi. Kejadian berlaku jam 8.06 malam ketika sebuah kenderaan jenis Proton Gen 2 dinaiki lima sekeluarga tiba tiba hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.