Tutup

Segera institusikan Muafakat Nasional- Asyraf Wajdi

Pemuda UMNO menggesa kepimpinan tertinggi parti agar segera menginstitusikan Muafakat Nasional bukan sahaja melibatkan UMNO-Pas tetapi juga rakan komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sudah tiba masa UMNO bergerak dari era perikatan selama 21 tahun kepada era Barisan Nasional selama hampir 46 tahun dan kini berhijrah kepada Muafakat Nasional.