Segerakan prosiding terbuka PAC

Yang di-Pertua Dewan Rakyat perlu menyegerakan pindaan kepada peraturan mesyuarat 85 untuk membenarkan prosiding PAC dijalankan secara terbuka selain laporan jawatankuasa ini dibahaskan di dalam dewan rakyat apabila ia dibentangkan. Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, pihaknya pada masa sama komited untuk menyiapkan laporan yang sudah selesai proses prosiding.