Sekeluarga bersekongkol mengedar dadah

Dari ayah, emak sehinggalah kepada anak terlibat dalam kegiatan membungkus dan menjual ganja. Bagaimanapun kegiatan ahli keluarga dadah ini berjaya dihidu Polis Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda selepas menyerbu sebuah rumah di kawasan Merbok, Kedah. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, dalam serbuan itu polis berjaya menahan pasangan suami isteri berusia 57 dan 56 tahun bersama anak lelaki mereka berusia 20 tahun.