announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Selangor larang minum arak, hisap rokok dan vape di kawasan rekreasi

Kerajaan Selangor mengumumkan larangan menghisap rokok dan vape serta minum arak di semua taman permainan dan rekreasi di seluruh negeri ini berkuat kuasa serta-merta. Exconya Ng Sze Han berkata larangan itu dibuat selepas kerajaan negeri meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil Taman 2005 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor (UKK Taman 2005).