Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Selangor peruntukan RM413.9 juta tangani impak COVID-19

Kerajaan Selangor memperuntukkan RM413.9 juta ringgit menerusi pakej rangsangan ekonomi prihatin bagi menangani impak penularan jangkitan COVID-19 di negeri itu. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pakej yang merangkumi dua fasa rangsangan itu menawarkan 42 inisiatif untuk memberi manfaat kepada 54 peratus rakyat di negeri itu bagi mengurangkan beban ekonomi mereka akibat pandemik COVID-19.