announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Sembilan buah kenderaan musnah dalam kebakaran di Langkawi

Akibat cuaca terlalu panas serta meninggalkan bahan mudah terbakar di dalam kereta mengakibatkan sembilan kenderaan yang diletakkan di luar sebuah bengkel di Taman Seri Aman, Langkawi musnah dalam kebakaran. Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 11.41 pagi.