#SemenyihMemilih: Sentimen rakyat harus diambil kira

Pakatan Harapan menghormati keputusan dibuat pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, namun menegaskan kedudukan kerajaan negeri Selangor dan kerajaan pusat masih kukuh. Bagaimanapun, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan gambaran perasaan rakyat terutamanya sentimen yang disuarakan masyarakat Melayu harus ambil kira dan tugas mesti diteruskan dengan baik.