Tutup

Senarai hitam ke luar negara hanya cadangan dari rakyat

Sekatan ke luar negara terhadap peminjam yang culas masih pada peringkat cadangan dari rakyat menerusi platform Konsulatasi Nasional yang dilancarkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN). Menurut Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan, pihaknya berpegang kepada janji dalam manifesto sebelum ini yang menhentikan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam. Bagaimanapun, PTPTN sebagai badan pelaksana perlu mendengar pendapat rakyat dan mengambil langkah yang lebih proaktif untuk memudahkan peminjam dan bakal peminjam.