announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Seorang maut kenderaan terjunam ke gaung

Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan terjunam ke gaung sedalam 50 meter di kilometer 260 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora, Ipoh pada Rabu. Dalam kejadian pada jam 5.20 petang itu mangsa Muhammad Safiq Danial Alias, 18 meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Mohamad Nur Hafiz Mohd Ridzuan, 20, patah kaki kiri.