Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Sesi pembukaan sekolah dalam keadaan normal baharu

Semua aktiviti sekolah dibenarkan apabila sesi persekolahan dibuka semula nanti, kecuali sukan, kokurikulum bersemuka dan perhimpunan serta program yang membabitkan himpunan ramai guru dan murid. Makluman SOP pembukaan semula ekonomi bagi sektor pendidikan yang dikongsi jabatan perdana menteri (JPM), turut menetapkan individu dengan bacaan suhu badan lebih 37.5 celsius serta menunjukkan simptom seperti sakit tekak, batuk dan susah bernafas tidak dibenarkan masuk ke sekolah.