Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Setiap majikan perlu mengambil tanggungjawab sosial

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berada dalam ruang sempit dan gagal mengamalkan penjarakan sosial mungkin menjadi punca jangkitan COVID-19 dalam kalangan para pekerja dalam Kluster Syarikat Pembersihan. Bagaimanapun beliau mengucapkan terima kasih kepada majikan syarikat berkenaan kerana mengambil inisiatif membawa para pekerja menjalankan saringan hingga berjaya membantu KKM mengesan kluster baharu itu.