Tutup

Sewa empat banglo mewah untuk jadikan pusat judi

Polis berjaya membongkar sendiket perjudian atas talian dan menahan lebih 98 warga asing yang dipercayai bekerja di empat buah banglo mewah tiga tingkat yang dijadikan pusat operasi mereka. Serbuan kira kira jam 10.30 pagi Rabu menerusi OP Dadu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman di kawasan Changkat Duta Kiara, Mont Kiara.