Siasatan kes kebakaran mungkin ambil masa

Pihak Bomba dan Penyelamat menjelaskan siasatan bagi mengetahui punca kebakaran di perkampungan nelayan Bukit Malut yang menyebabkan 3 kematian itu mungkin ambil masa dua minggu. Menurut Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Fadzlullah Mohd Noor tegaskan, ini memandangkan kes turut melibatkan pelbagai pihak termasuk pihak polis dan juga unit anjing pengesan (K9) yang memerlukan kepakaran dan perincian yang teliti.