Tutup

Sikap 'macho' antara punca lelaki kurang lawat doktor

Menurut pakar urologi, Dr Ahmad Nazran, 40 peratus pesakit lelaki yang menghidapi kanser prostat hanya dapat tahu apabila sudah mencapai kanser tahap empat. Antara puncanya kerana sikap 'macho' yang kurang gemar jumpa doktor serta meluahkan secara terbuka mengenai sebarang masalah kesihatan. Kata Dr Aida Syarinaz, pakar psikiatri, budaya memendam perasaan ini bermula sejak kecil apabila kanak-kanak lelaki diajar supaya tidak menangis atau menunjukkan sifat diri yang lemah.