announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Sindiket dadah didalangi lima sekeluarga tumpas

Polis berjaya menumpaskan sindiket dadah didalangi lima sekeluarga dalam sembilan serbuan berasingan di Pahang, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Johor bermula Sabtu lalu sehingga semalam. Dalam operasi itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah antaranya pil yaba dan ekstasi seberat 110.72 kilogram yang dianggarkan bernilai lebih RM12 juta.