announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Sindiket edar dadah didalangi pengawal keselamatan tumpas

Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran pil yaba bernilai hampir setengah juta ringgit yang didalangi pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, enam lelaki termasuk dalangnya di tahan dalam serbuan di beberapa kawasan di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara.