Sindiket judi dalam talian tumpas

Polis menumpaskan sindiket perjudian dalam talian selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan pusat operasi di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, petang Isnin. Serbuan pada 3.55 petang itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.