Tutup

Sistem kereta kabel baharu Bukit Bendera mampu rancak ekonomi negeri

Peruntukan 100 juta ringgit bagi pembinaan sistem kereta kabel baharu Bukit Bendera mampu menjana ekonomi bagi sektor pelancongan Pulau Pinang dan Malaysia secara keseluruhannya. Perbadanan Bukit Bendera (PBBPP) berkata, walaupun peruntukan telah dicadangkan, projek kereta kabel masih tertakluk kepada kajian kebolehgunaan teknikal dan kelulusan pihak berkuasa berkaitan.