Sistem riba boleh akibatkan kemelesetan ekonomi negara

Sistem perbankan negara perlu meningkatkan pelaburan berasaskan risiko dan tidak hanya tertumpu kepada penjanaan keuntungan berasaskan produk menerusi hutang atau sistem riba. Menurut Pensyarah, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail, sistem yang tertumpu kepada keuntungan melalui hutang boleh mengakibatkan kemelesetan ekonomi sekaligus memberi kesan kepada kos sara hidup masyarakat.