Skandal Scorpene: Peguam penyiasat harap kerjasama penuh Malaysia

Kerjasama penuh kerajaan Malaysia amat diperlukan bagi membantu merungkai skandal pembelian dua kapal selam Scorpene yang berlarutan lebih sepuluh tahun. Peguam Warga Perancis, William Bourdon berkata, kerajaan baharu Malaysia yang komited menentang korupsi diharap dapat membantu kerajaan perancis dari segi perkongsian maklumat yang dimiliki badan perundangan serta pihak berkuasa antara dua negara.