SKMM ambil tindakan tegas terhadap penular berita palsu

Orang ramai diingatkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menularkan berita palsu sesuka hati. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata individu yang berani mereka berita palsu harus berani berdepan pihak berkuasa dan menerima hukuman setimpal.