Tutup

Skuad polo air akur gagal pertahan gangsa

Ketua Jurulatih skuad Polo Air Negara, Voon Yong Hui, menganggap aksi terakhir berdepan tuan rumah, Filipina, tetap penting biarpun peluang untuk menepati sasaran meraih pingat gangsa dalam Sukan SEA Filipina sudah tertutup. Kekalahan dalam tiga aksi berturut-turut meletakkan Malaysia di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.