Tutup

SOP ketat nikah muda, diharap tidak tutup peluang

Pelaksanaan modul prosedur operasi standard (SOP) ketat untuk mengehadkan umur minimum perkahwinan diharap tidak menutup ruang pasangan bawah umur mendirikan rumah tangga. Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, SOP yang lebih ketat dibimbangi akan membawa kepada masalah sosial seperti kehamilan luar nikah.