Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

SPRM Kedah tahan tiga pegawai undang-undang P. Pinang minta suapan RM500,000

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kedah menahan tiga pegawai undang-undang negeri Pulau Pinang semalam, kerana disyaki meminta suapan sebanyak RM500,000 daripada orang awam. Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata suspek pertama berusia 42 tahun ditahan di sebuah hotel di Pulau Pinang pada 12.15 tengah hari Isnin, manakala dua lagi suspek berusia 29 dan 52 tahun ditahan di pejabat SPRM Kedah pada 10.15 dan 10.38 malam tadi.