Tutup

Sri Dasmesh letak Malaysia setanding pancaragam Eropah

Kumpulan pancaragam Sri Dasmesh Pipe Band yang baru-baru ini muncul juara Kejohanan Pipe Band Dunia di Scotland, menyifatkan kejayaan besar yang diperoleh mereka hari ini sebagai hadiah terhadap pengorbanan dan usaha yang dilakukan selama empat tahun. Tewas pada kejohanan edisi 2015, mereka pantas memperbaiki kelemahan yang ada dan berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu yang sewajarnya.