Tutup

Struktur semula visa lawatan haji dan umrah

Malaysia menyambut baik pengumuman kerajaan Arab Saudi mengeluarkan perintah diRaja yang menstruktur semula visa lawatan, haji dan umrah ke negara itu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata penstrukturan semula kadar caj haji, visa transit dan pembatalan caj umrah bagi kali kedua dalam tempoh tiga tahun juga mampu meningkatkan jumlah kedatangan umat Islam seluruh dunia ke Mekah.