Suami isteri rentung dipercayai dibunuh

Kematian pasangan suami isteri yang ditemui rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah apartmen Taman Meru Impiana, Jelapang di Ipoh, Perak pada Ahad, dipercayai bermotifkan bunuh. Ia berdasarkan hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mempunyai beberapa kesan tikaman di bahagian badan, dipercayai menggunakan senjata tajam.